Blue Pink

EntriesAboutCredits


Overview


Hello and Assalamualaikum world,Im Siti shaszana, Age 17 , Living on planet earth God's creation


JAUHI CINTA PALSU !
6 Dis 2012 | 0 comments
Usia remaja adalah musim cinta berbunga.Jadi salah satu fenomena remaja adalah menjadi pencari cinta dan mahu dicintai.Rata-rata kita dapati remaja bercinta,ada yang selamat menaiki bahtera rumah tangga malah ada juga yang karam,tenggelam dan hanyut ditelan arus CINTA GANAS.Cinta sebenarnya satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia.Ia juga makhluk tidak bernyawa dan tidak berjisim,tidak berjirim,tidak punya rupa dan fizikal.Cinta adalah biasan daripada Penciptanya Yang Maha Pencinta.Krisi CINTA PALSU menyebabkan remaja memusnahkan etika spiritual membunuh solidariti dan menodai sosial hingga ada yang sanggup membunuh diri akibat tekanan perasaan yang sukar dikawal.Menguruskan cinta satu perkara yang sulit,apatah lagi kalau cinta yang didambakan itu bersalut CINTA NAFSU,sekadar CINTA MONYET atau cinta sekadar untuk berseronok saja ! CINTA SEJATI adalah seperti CINTA ALLAH kepada hamba-Nya dan CINTA RASULULLAH kepada umatnya hingga yang diinginkan Allah daripada hamba-Nya hanyalah kebaikan,kesempurnaan,kemuliaandengan membenci segala kemungkaran serta kejahatan.Seorang Muslim tidak mengenal cinta monyet,cinta buta,cinta dusta,cinta palsu dan cinta bodoh.Ia hanya mengenal cinta suci mulia yang penuh kearifan dan kesedaran yang melahirkan cinta kepada Allah serta Rasul-Nya.

Sedikit Panduan kepada mereka yang ingin dan tengah meredah samdera cinta supaya lebih berhati-hati supaya mendapat cinta yang diredhai Allah.In Shaa Allah :)


  • Jaga jangan sampai berkhalwat dan berdua-duaan kerana sabda Rasulullha:" Setiap kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita,syaitan menjadi orang yang ketiga.Khalwat itu bukan pada fizikal sahaja,tetapi juga pada hati,malah khalwat hati itu lebih terdahulu bermula kerana setiap perbuatan perkataan adalah hasil dari ilham hati.Khalwat jasadi(badan) hadir setelah khalwat qalbi(hati)
  • Jangan salin mengurat dan menggoda dengan bertentang mata nafsu.Bukan tak boleh tengok tapi merenung yang diikuti dengan nafsu bakal diiringi panahan syaitan ! Seperti sabda nabi:"Pandangan itu adalah panahan beracun iblis.Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperolah kemanisan dalam hatinya"(Hadis Riwayat at Tabrani dan al Hakim).
  • Jaga jangan sampai bersentuhan,tangan dan badan bergesel-gesel nanti menaikkan nafsu syahwat ! Besarnya dosa bersentuhan seperti sabda Rsulullah:"Jika kepala kamu ditikam dengan besi,itu lebih baik daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal untuk kamu"(Hadis riwayat at tabrani dan al Baihaqi). 
  • Tidak terlalu bebas hingga menjadi pendorong kepada perbuatana zina ! Surah al-israk ayat 32 menyatakan:"Dan janganlah kamu mendekati zina;sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji.Dan suatu jalan yang buruk.
BERUSAHA MENUTUP AURAT DAN MENYEMBUNYIKAN PERHIASAN SERTA KECANTIKAN.MALAH,BERTUNANG BUKAN TIKET UNTUK MENGHALALKAN SEGALANYA DALAM PERHUBUNGAN

Sekian,terima kasih kerana tertekan blog ana dan baca sampai bawah ni haa :D .. Ana berkongsi ilmu apa yang ada XD Assalamualaikum,semoga Allah berkati ilmu yang kita pelajari hari ini amin !

Older Post | Newer Post