Blue Pink

EntriesAboutCredits


Overview


Hello and Assalamualaikum world,Im Siti shaszana, Age 17 , Living on planet earth God's creation


Ingat Allah ! Allah is EVERYTHING :) Allah ! Allah ! Lailahailallah
1 Apr 2013 | 0 comments


ANTARA 9 MIMPI NABI MUHAMMAD SAW.
25 Dis 2012 | 0 comments
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan...."

  1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
  2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang menyiksakan,diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
  3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis laknatullah,maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
  4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
  5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT MEMBERI MINUM HINGGA IA MERASA PUAS.
  6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan ,setiap kali dia datang dia akan diusir,maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
  7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
  8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
  9. Aku melihat umatku sedang menepis nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: " SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT "

JAUHI CINTA PALSU !
6 Dis 2012 | 0 comments
Usia remaja adalah musim cinta berbunga.Jadi salah satu fenomena remaja adalah menjadi pencari cinta dan mahu dicintai.Rata-rata kita dapati remaja bercinta,ada yang selamat menaiki bahtera rumah tangga malah ada juga yang karam,tenggelam dan hanyut ditelan arus CINTA GANAS.Cinta sebenarnya satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia.Ia juga makhluk tidak bernyawa dan tidak berjisim,tidak berjirim,tidak punya rupa dan fizikal.Cinta adalah biasan daripada Penciptanya Yang Maha Pencinta.Krisi CINTA PALSU menyebabkan remaja memusnahkan etika spiritual membunuh solidariti dan menodai sosial hingga ada yang sanggup membunuh diri akibat tekanan perasaan yang sukar dikawal.Menguruskan cinta satu perkara yang sulit,apatah lagi kalau cinta yang didambakan itu bersalut CINTA NAFSU,sekadar CINTA MONYET atau cinta sekadar untuk berseronok saja ! CINTA SEJATI adalah seperti CINTA ALLAH kepada hamba-Nya dan CINTA RASULULLAH kepada umatnya hingga yang diinginkan Allah daripada hamba-Nya hanyalah kebaikan,kesempurnaan,kemuliaandengan membenci segala kemungkaran serta kejahatan.Seorang Muslim tidak mengenal cinta monyet,cinta buta,cinta dusta,cinta palsu dan cinta bodoh.Ia hanya mengenal cinta suci mulia yang penuh kearifan dan kesedaran yang melahirkan cinta kepada Allah serta Rasul-Nya.

Sedikit Panduan kepada mereka yang ingin dan tengah meredah samdera cinta supaya lebih berhati-hati supaya mendapat cinta yang diredhai Allah.In Shaa Allah :)


  • Jaga jangan sampai berkhalwat dan berdua-duaan kerana sabda Rasulullha:" Setiap kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita,syaitan menjadi orang yang ketiga.Khalwat itu bukan pada fizikal sahaja,tetapi juga pada hati,malah khalwat hati itu lebih terdahulu bermula kerana setiap perbuatan perkataan adalah hasil dari ilham hati.Khalwat jasadi(badan) hadir setelah khalwat qalbi(hati)
  • Jangan salin mengurat dan menggoda dengan bertentang mata nafsu.Bukan tak boleh tengok tapi merenung yang diikuti dengan nafsu bakal diiringi panahan syaitan ! Seperti sabda nabi:"Pandangan itu adalah panahan beracun iblis.Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku nescaya akan Aku gantikan ia dengan iman dan dia akan memperolah kemanisan dalam hatinya"(Hadis Riwayat at Tabrani dan al Hakim).
  • Jaga jangan sampai bersentuhan,tangan dan badan bergesel-gesel nanti menaikkan nafsu syahwat ! Besarnya dosa bersentuhan seperti sabda Rsulullah:"Jika kepala kamu ditikam dengan besi,itu lebih baik daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal untuk kamu"(Hadis riwayat at tabrani dan al Baihaqi). 
  • Tidak terlalu bebas hingga menjadi pendorong kepada perbuatana zina ! Surah al-israk ayat 32 menyatakan:"Dan janganlah kamu mendekati zina;sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji.Dan suatu jalan yang buruk.
BERUSAHA MENUTUP AURAT DAN MENYEMBUNYIKAN PERHIASAN SERTA KECANTIKAN.MALAH,BERTUNANG BUKAN TIKET UNTUK MENGHALALKAN SEGALANYA DALAM PERHUBUNGAN

Sekian,terima kasih kerana tertekan blog ana dan baca sampai bawah ni haa :D .. Ana berkongsi ilmu apa yang ada XD Assalamualaikum,semoga Allah berkati ilmu yang kita pelajari hari ini amin !

Hadis Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tentang akhir zaman
5 Dis 2012 | 0 comments




Antara Hadis Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tentang akhir zaman :

  • Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." -Sahih Bukhar-

  • Zina bermaharajalela.

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -Sahih Muslim-

  • Ramai wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." -Abu Hurairah r.a-

  • Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" -Ibnu Majah-

  • Menghias masjid dan membanggakannya.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" -Riwayat Nasai-

  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -Riwayat Ahmad dan Hakim-

  • Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." -Riwayat Ahmad-

  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"  -Riwayat Thabrani-

  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -Riwayat Ahmad-

  • Bulan sabit kelihatan besar.

"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani-

  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"-Sahih Muslim-

  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.

"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" * Riwayat Ahmad*

  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai -Sahih Muslim-



Older Post